Wednesday, 20 April 2011

Bertabah lah...

wahai hati  jika kau inginkan yang terbaik
bersabar lah wahai hati jika kau mahu keberkatan NYA
bertahanlah wahai hati jika kau mahu  sentiasa tenang
terus lah berdoa wahai hati kerana Allah tahu mana yang terbaik buat mu


'Jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu'


Semoga Allah tidak menyerahkan diri kita kepada hawa nafsu kita


Berdoalah pada Tuhan mu

Seikhlas-ikhlasnya



Mohonlah pada Tuhan mu

Setulus-tulusnya


Dia sedang mendengar....



Ayah pernah beritahu,doa boleh mengubah takdir seseorang.Berdoalah wahai 


hati.Berdoalah.Berdoalah.

Saturday, 16 April 2011

Korban



Tinggalkan perkara yang kecil untuk perkara yang besar
Lakukan lah pengorbanan
Jangan biar diri terkorban


Nota 1:Incomplete -___-

Friday, 15 April 2011

Cinta Di Rumah HASAN AL BANNA


Alhamdulillah,baru selesai menghabiskan buku ini.Sangat menarik,tak berat dan sesuai untuk kita semua :)



Buku ini mengisahkan tentang tokoh dakwah Islam moden yang tidak asing lagi dalam kalangan kita semua,Imam Hasan al Banna semasa di rumahnya.Buku ini sebenarnya lebih menceritakan peranan seorang AYAH dalam mendidik anaknya.Sesuai sangat lah untuk para ikhwah sekalian,tak lupa juga akhawat pun sama ;)

Cinta yang diberikan kepada keluarganya sangat mendalam walaupun Hasan al Banna sentiasa sibuk dalam gerak kerja dakwahnya.Hasan al Banna memberikan contoh teladan yang sangat baik buat anak-anaknya.Tiada suara keras di dalam rumah mereka malah kesalahan anak nya kadang2 dibiarkan saja.Seni menangani kesalahan harus dimiliki ibu bapa agar kesalahan boleh berubah menjadi sesuatu yang positif.

Setiap anak Al Banna, disediakan catatan masing-masing dalam sebuah map. Di dalam map itu Imam Al Banna menuliskan sendiri keterangan detail tentang sejarah dan tanggal kelahiran, nombor kelahiran, pola pengaturan makanan, surat keterangan doktor, keterangan atau catatan tentang kondisi sakit secara detail, ijazah, catatan  prestasi di sekolah, dan yang lainnya.

Hasan al Banna dan isteri juga merupakan pasangan yang romantik dan harmoni.Keadaan ini memberikan pengaruh yang hebat terhadap anak2 mereka kerana ibu bapa adalah model hidup yang terbaik di kala mereka dewasa kelak.Anak-anak beliau kini semua nya telah menjadi orang yang berjaya dan berguna walaupun mereka kehilangan ayahanda tercinta saat semuanya masih kecil.

Penulis mengingatkan para pembaca bahawa Cinta di Rumah Hassan Al Banna adalah bukan sebuah buku yang mengandungi kaedah yang paling ideal dalam mendidik anak kerana contoh yang paling ideal itu ialah Rasulullah saw. Tetapi walaupun begitu, buku ini mungkin boleh menjadi pencetus inspirasi seorang ayah dalam memimpin keluarganya!

Nota 1:Dah dah,habiskan buku medik pula.hiyakkkk!

Tuesday, 12 April 2011

Kamu tentukan


Ada satu perasaan yang sedang memaksa saya untuk memberitahu 'sesuatu' di dalam hati ini.Tapi mana mungkin saya luahkan melalui pena walaupun saya tahu penulisan sentiasa menjadi terapi yang baik bagi saya.Mungkin nanti akan ada hati-hati yang terusik.Selagi boleh bersabar,lebih baik saya berdiam diri.Manusia sering 'buta' dengan peluang yang ada.Peluang untuk berubah.Peluang sebelum sesuatu yang biasa menjadi sesuatu yang tak biasa.Sangat sulit kehidupan andai kamu tidak bijak mentafsir orang di sekeliling kamu.


****************
Kata sahabat saya,setiap orang dibesarkan dengan cara yang berbeza maka tahap 'sensitif' setiap orang juga berlainan.Contoh paling mudah-Kelihatan seorang pengemis sedang menyelongkar sampah-sarap,mencari makanan mungkin? tanpa mempedulikan manusia yang lalu lalang.Dalam kalangan manusia yang melihat kejadian tersebut,saya sangat pasti tak semua akan merasa kesian atau pun merasa bersyukur.Kenapa sedemikian?Sebab didikan dan kehidupan kita sejak kecil yang membentuk jiwa kita di masa hadapan.



Ada benarnya,didikan dari kecil bukan lah penentu segalanya.Ada yang baik kehidupannya,keluarganya,segala-galanya cukup sempurna tapi dewasanya rosak.Ada orang yang masa kecilnya perangai memang buruk gara-gara didikan yang tidak sempurna namun dewasanya berubah menjadinya manusia yang baik.People change and life,its about creating yourself.Apabila usia makin menginjak,fikiran bertambah matang, kita seharusnya faham saat itu kita sendiri lah yang membentuk diri kita.


Its about creating youself!Peribadi tak dilahirkan bersama kita tapi ianya perlu dibentuk.Masa muda adalah masa yang terbaik.Melentur buluh biarlah dari rebungnya.Saya tahu entry saya sangat kucar-kacir sebab memang saya tengah berserabut.


Hey people,please understand me =.=.Bila diam tak bererti setuju.Bagi saya bila diam tandanya-marah,sakit hati,sedih.Tapi kalau diam masa orang masuk meminang itu lain cerita ek *nanti korang salah faham,haha*



Sahabat,saya sayang kamu.Tapi kadang-kadang kamu buat sesuatu yang saya tak suka.Kamu kena ingat,setiap manusia berbeza kesukaannya,perangainya,moodnya.Ada benda kamu rasa ok,tapi bagi saya tidak.Ada benda kamu rasa tak ok,tapi bagi saya ok.
Kita saling melengkapi dan kita patut saling memahami
Kita patut saling memahami
Cubalah untuk mengenali dan menyelami jiwa sahabat-sahabat mu.Selam dalam2 sampai lemas pun tak apa! :=$

Nota 1:Kadang-kadang perasaan boleh diluahkan melalui penulisan,bukannya percakapan :( I choose to write,not to talk.Tapi satu hari nanti mungkin saya harus dan perlu juga untuk memberitahu dengan mulut ini.....



Words for us

While one person hesitates because he feels inferior, the other are busy making mistakes 


and 


becoming superior.Mistakes, obviously, show us what needs improving. Without mistakes, 


how would we know what we had to work on?EXPERIENCE is the name everyone gives to 


their mistakes


.

Friday, 8 April 2011

Berjaya?

Apa yang kamu nampak?
Danbo memang comel tapi lihat sekelilingnya.What a mess =.=












Orang yang mantap pelajaran nya,
hebat kata-katanya,
gempak keputusan exam nya,
kemas lagi bergaya.
terkenal dalam kalangan rakan-rakannya,
tapi di rumah,
dapurnya bersepah
biliknya serabut
and so on..


Dia masih bukan seorang yang berjaya.Itu yang saya fikir.


In the future,you are just not only a doctor,teacher,engineer,police....but you are going to be a MOTHER and a FATHER.




Mari membina diri yang lebih yang baik!Its better late than never.


Sunday, 3 April 2011


Andai dunia benar melekakan mu
tinggalkan ia
jangan berlengah lagi
jangan berlengah lagi



Mencari spirit yang hilang 

Saturday, 2 April 2011

Masa itu emas?


Cuba kamu bayangkan sekiranya kamu datang awal untuk sesuatu majlis,kamu akan diberikan  emas dan seandainya kamu lambat,emas yang kamu miliki akan diberikan kepada mereka yang datang awal sebagai ganjaran kerana terpaksa menunggu menyebabkan majlis tidak bermula mengikut waktu yang ditetapkan.Sekiranya kamu sememangnya jenis yang 'pelambat' bermaksud kamu langsung tak mempunyai emas, lama-lama jadi papa kedana sebab asyik kena denda.


Alangkah indahnya jika inilah realiti 'masa itu emas'.Semua orang akan menjadi manusia yang menepati masa.Masing-masing mempunyai emas.


**************************
Situasi di Mansurah: 


(1)
'Esok tunggu tremco dekat Istad pukul 8 pagi ye'


Semua mendengar dan menerima arahan dengan baik tapi cuba lihat keesokannya.Pukul 8 pagi,mungkin baru hanya 2 atau 3 orang sedang menunggu.Ammu Magdi datang lagi awal tau.Pukul 8.30 pagi,kuota untuk satu tremco masih belum penuh dan akhirnya hampir sejam lebih barulah tremco akan bergerak menuju ke destinasi.


(2)
'Perhatian kepada semua ajk unit masakan,esok akan diadakan mesyuarat pada pukul 7.00 malam di Darul Rahmah'


Pukul 7.00 malam baru nampak batang hidung ketua seorang (bagus betul ketua unit =D).Masa berlalu.Tik tok tik tok tik tok tik tok.
Pukul 8.15 malam-Assalamualaikum w.b.t.Sebelum memulakan mesyuarat kita pada hari ini marilah sama-sama kita membuka majlis kita dengan umul kita al-fatihah.  


Lambat betul nak boleh mula,lepas tu  tengah malam baru habis mesyuarat.Nasib baik dalam mesyuarat ada ikhwah senang lah juga akhawat2 nak balik sebab boleh jadi musyrif *ttb ckp psl musyrif hihi*


(3)
'Ada cadangan tak nak mulakan majlis ni pukul berapa sebab saya nak siapkan tentatif paling lambat lusa ni'


'Hmmm,saya rasa baik kita tulis pukul 7.00 pagi sebab nya orang mesti datang pukul 8.00 pagi,kalau tulis pukul 8.00 pagi entah-entah pukul 9.00 pagi baru dapat mula nanti lambat pulak habis' 


Situasi di atas adalah di antara contoh keadaan yang sering berlaku di Mansurah.Semua orang menganggap kelewatan tersebut adalah satu perkara yang biasa.Di sekolah menengah dulu,sangat pantang bagi saya untuk menunggu seseorang melebihi 15 minit tapi sejak keberadaan saya di Mesir,saya belajar untuk berubah.Mengubah prinsip saya dan saya terpaksa akui sekarang saya sendiri pun sering lambat sebabnya saya rasa sangat tak suka menunggu lama-lama.Sengsara,stress,geram.Mesti pernah rasa kan?kan?Orang yang datang awal jadi mangsa,yang datang lambat tak kesian ke kat kami?


Nak bersangka baik kenapa kamu lambat kadang-kadang susah.Susah...Susah...Tapi apakan daya,cuba bersungguh2 fikir hal baik-baik je.Orang kata,attitude kita sekarang melambangkan kita masa depan kelak.Sekarang pun kita dah selalu lambat,buat orang ternanti-nanti.Selepas ini,kalau jadi doktor agak nya macam mana ya?


'alah,nanti nak kerja aku berubah lah'


'dakpe,leni je bleh wat gini,kekgi aku keje dok wak doh ah'


Betul lah boleh berubah tapi ingat senang ke kalau perkara tu macam dah sebati dalam diri.Kalau azam betul-betul kuat ok,go on.Tapi kalau macam hangat-hangat tahi ayam tak ada maknanya juga kakak abang oi.Jangan salahkan benda lain untuk kita 'cover' kelambatan kita kelak.Its all about yourself.


Menulis tentang masa bukan lah mudah bagi saya.Dah fikir banyak kali,sebabnya asal saya tegur orang pasal masa,esok lusa saya juga yang kena uji.'Kata-kata kita akan diuji'.Betul lah tu.Takut saya dibuatnya tapi saya nak juga tulis supaya kamu semua pun ada rasa nak berubah.Salah satu ciri mukmin yang berjaya adalah orang yang menjaga waktunya.Jom kita sama-sama berubah.


Bukan niat saya untuk menyakitkan hati sesiapa.Tapi kalau ada terdetik 'eh aku lah tu perangai gini',haa baguslah.Apa lagi,marilah kita sama-sama jadi orang yang menepati waktu.Kepada kamu yang tak pernah merasa 'nikmat' menunggu orang,sila lah datang awal kemudiannya fikirlah sendiri apa perasaan kami menanti-nanti selama ni.Kalau kamu tak suka menunggu orang,orang lain pun macam tu juga :)


Jom lah kita jadi orang yang sentiasa awal.Majulah Mansurah untuk semua! :p


'Yang paling jauh bukan nya bintang,mentari pun bukan juga rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tak akan kembali lagi.Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan.Kelmarin yang terluput mengukir sesalan.Yang ada hanya hari ini dan akan datang.Gunakan hari ini sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita,sedangkan semalam telah pergi buat selamanya' -Imam Syafie

p/s:Macam mane ye kalau dapat 'soulmate' yang tak menjaga waktu.Suami dah siap,isteri dok bermekap xhabis2.Tak pun isteri dah tunggu kat bawah,suami buat rileks je sebab tak suka siap awal.Naye naye :D