Saturday, 2 April 2011

Masa itu emas?


Cuba kamu bayangkan sekiranya kamu datang awal untuk sesuatu majlis,kamu akan diberikan  emas dan seandainya kamu lambat,emas yang kamu miliki akan diberikan kepada mereka yang datang awal sebagai ganjaran kerana terpaksa menunggu menyebabkan majlis tidak bermula mengikut waktu yang ditetapkan.Sekiranya kamu sememangnya jenis yang 'pelambat' bermaksud kamu langsung tak mempunyai emas, lama-lama jadi papa kedana sebab asyik kena denda.


Alangkah indahnya jika inilah realiti 'masa itu emas'.Semua orang akan menjadi manusia yang menepati masa.Masing-masing mempunyai emas.


**************************
Situasi di Mansurah: 


(1)
'Esok tunggu tremco dekat Istad pukul 8 pagi ye'


Semua mendengar dan menerima arahan dengan baik tapi cuba lihat keesokannya.Pukul 8 pagi,mungkin baru hanya 2 atau 3 orang sedang menunggu.Ammu Magdi datang lagi awal tau.Pukul 8.30 pagi,kuota untuk satu tremco masih belum penuh dan akhirnya hampir sejam lebih barulah tremco akan bergerak menuju ke destinasi.


(2)
'Perhatian kepada semua ajk unit masakan,esok akan diadakan mesyuarat pada pukul 7.00 malam di Darul Rahmah'


Pukul 7.00 malam baru nampak batang hidung ketua seorang (bagus betul ketua unit =D).Masa berlalu.Tik tok tik tok tik tok tik tok.
Pukul 8.15 malam-Assalamualaikum w.b.t.Sebelum memulakan mesyuarat kita pada hari ini marilah sama-sama kita membuka majlis kita dengan umul kita al-fatihah.  


Lambat betul nak boleh mula,lepas tu  tengah malam baru habis mesyuarat.Nasib baik dalam mesyuarat ada ikhwah senang lah juga akhawat2 nak balik sebab boleh jadi musyrif *ttb ckp psl musyrif hihi*


(3)
'Ada cadangan tak nak mulakan majlis ni pukul berapa sebab saya nak siapkan tentatif paling lambat lusa ni'


'Hmmm,saya rasa baik kita tulis pukul 7.00 pagi sebab nya orang mesti datang pukul 8.00 pagi,kalau tulis pukul 8.00 pagi entah-entah pukul 9.00 pagi baru dapat mula nanti lambat pulak habis' 


Situasi di atas adalah di antara contoh keadaan yang sering berlaku di Mansurah.Semua orang menganggap kelewatan tersebut adalah satu perkara yang biasa.Di sekolah menengah dulu,sangat pantang bagi saya untuk menunggu seseorang melebihi 15 minit tapi sejak keberadaan saya di Mesir,saya belajar untuk berubah.Mengubah prinsip saya dan saya terpaksa akui sekarang saya sendiri pun sering lambat sebabnya saya rasa sangat tak suka menunggu lama-lama.Sengsara,stress,geram.Mesti pernah rasa kan?kan?Orang yang datang awal jadi mangsa,yang datang lambat tak kesian ke kat kami?


Nak bersangka baik kenapa kamu lambat kadang-kadang susah.Susah...Susah...Tapi apakan daya,cuba bersungguh2 fikir hal baik-baik je.Orang kata,attitude kita sekarang melambangkan kita masa depan kelak.Sekarang pun kita dah selalu lambat,buat orang ternanti-nanti.Selepas ini,kalau jadi doktor agak nya macam mana ya?


'alah,nanti nak kerja aku berubah lah'


'dakpe,leni je bleh wat gini,kekgi aku keje dok wak doh ah'


Betul lah boleh berubah tapi ingat senang ke kalau perkara tu macam dah sebati dalam diri.Kalau azam betul-betul kuat ok,go on.Tapi kalau macam hangat-hangat tahi ayam tak ada maknanya juga kakak abang oi.Jangan salahkan benda lain untuk kita 'cover' kelambatan kita kelak.Its all about yourself.


Menulis tentang masa bukan lah mudah bagi saya.Dah fikir banyak kali,sebabnya asal saya tegur orang pasal masa,esok lusa saya juga yang kena uji.'Kata-kata kita akan diuji'.Betul lah tu.Takut saya dibuatnya tapi saya nak juga tulis supaya kamu semua pun ada rasa nak berubah.Salah satu ciri mukmin yang berjaya adalah orang yang menjaga waktunya.Jom kita sama-sama berubah.


Bukan niat saya untuk menyakitkan hati sesiapa.Tapi kalau ada terdetik 'eh aku lah tu perangai gini',haa baguslah.Apa lagi,marilah kita sama-sama jadi orang yang menepati waktu.Kepada kamu yang tak pernah merasa 'nikmat' menunggu orang,sila lah datang awal kemudiannya fikirlah sendiri apa perasaan kami menanti-nanti selama ni.Kalau kamu tak suka menunggu orang,orang lain pun macam tu juga :)


Jom lah kita jadi orang yang sentiasa awal.Majulah Mansurah untuk semua! :p


'Yang paling jauh bukan nya bintang,mentari pun bukan juga rembulan tetapi adalah masa yang berlalu dan tak akan kembali lagi.Kelmarin yang luput menjadi secangkir kenangan.Kelmarin yang terluput mengukir sesalan.Yang ada hanya hari ini dan akan datang.Gunakan hari ini sebaik mungkin kerana esok belum tentu milik kita,sedangkan semalam telah pergi buat selamanya' -Imam Syafie

p/s:Macam mane ye kalau dapat 'soulmate' yang tak menjaga waktu.Suami dah siap,isteri dok bermekap xhabis2.Tak pun isteri dah tunggu kat bawah,suami buat rileks je sebab tak suka siap awal.Naye naye :D




4 Kata-kata hikmah:

Anonymous said...

^^ salam alaik

lama x bbua nge siti...rinduuuu

itulah masa...terlalu amat berharga

kade2 kita jg doh tp ore len curi maso kita plk..

do la kita meme x brapo panda doh tuk jg masa ni

so tuk mnjaga masa kita...jangelah curi masa ore len...

jom pakat sama2 emnjaga msa

slm rindu dr dirasat^^

~ajwah~

Anonymous said...

assalamualaik dear ukhti..
very nice post..=)
post dri hati..
kudoakn biar jatuh ke hati jua..
sme2 brubh ke arah yg lebih baik..
sme2 mngajak ke arah kebaikan..
moga yg diberikan yg terbaik dlm stiap lngkah hidupmu..
truskn usaha brdkwah dngan tulisan pena..slmat maju jaya..=)

nasiayam said...

assalamualaikum,

chegu disiplin!!
terkesan.sgt terkesan.terasa on ye gak.=P

btw,ketua unit kena datang at least 10 minutes early before mesyuarat start.kalu dia tak tnjuk cth yg baik,cane ajk len nak terasa.tp,kira baguih da tuh dtg tepat masa.alhamdulillah,masa jadik timb.jpc hari tuh,alhamdulillah..ajk akhawat sume dtg awal.=)

tak bleh dibiasakan norma tuh kot.teringat pesan milah masa bile ntah,ada la..tp,kata2 dia tuh la yg buat sy jaga n tepati waktu[most of the time,lebih2 mesyuarat yg melibatkan rmai pihak].dia pesan cani,kalu kite wat tentatif n asek plan bg masa ntuk org dtg,tuh la yg bg peluang kat org tuh ntuk dtg lagi lmbt.

cth la kata,tentatif susun kata majlis mula kul 7.30,tp sbnrnya ajk pelaksana nak 'helah' peserta supaya datang kul 8[actual time majlis nak bermula].sikap tuh la yg kekadang mmbuatkan most of kita berleka2.sy sgt setuju ngan pdpt tu.

kalu citer dlm umah sy kat msia plak,mak sy suke cepatkan jam at least for about 20 minutes than actual time.pdpt ayah sy bercanggah dgn mak sy[bese la,saling menyempurnakan]--ayah sy kata,tak elok buat cmtu,mksdnya org tuh tkde disiplin yg sebenar.masa tuh msti kena tepat,so that org tak gelabah masa nak bersiap gi keje..[but the thing is,both of them tau je jam tuh cepat..so,takdela efek bebenor]

konklusinye,sy sgt setuju dgn entry awk kali nih!!sangat setuju.jom la jadik mukmin/ah yg profesional!

Allah sndiri bersumpah atas nama "masa" ntuk bgtau kat kita,betapa berharga dan pentingnya masa tu.yok tepati masa.bukan ntuk program aje,ntuk kelas dan exam juge~~

djambu puadovich said...

ya! kena biasakan yg betul dan betulkan yg biasa!

:)