Saturday, 28 May 2011

Kami



Kami!
Gangster.Gedem.Bolis

Gedem dah tak ada.Bolis sedih setiap kali memikirkan Gangster.Sekarang bila rindu kat Gedem,mesti terfikir kan Gangster.

Eh hari ni dah makan ke?

Sihat ke x?

Tengah buat ape agaknya?   *menangis lagi*

Bolis rasa Gedem lah satu-satunya orang yang paling suka dan pandai layan kemanjaan dan kegedikan Gangster.Betul tak meow? :p
*******************

Hana sudah pulang ke Malaysia dan dah selamat sampai.Alhamdulillah.Semalam semasa di airport saya bajet kental,masa peluk hana langsung tak menangis tapi bila hana dah check in kami dipisahkan oleh cermin.Terbayang hana memang akan pulang.Dia dah tak ada di sini bersama kami.Bila fikir summer ni saya tak balik haa mencurah2 lah air mata.

Kak Ika selalu tanya, 'siti sayang orang tak?'

Kak Ika,orang sayang sangat kak ika tapi mesti tetap tak kan sama dengan hana ataupun kawan2 yg lain sebab orang adalah orang ;)

Teringat pulak kenangan masa bday kak ika dulu.

Sekarang kalau nak cakap I LOVE U kat kak ika mesti terus nak letak TOO belakang ayat sebab nya nak kak ika tahu org pun sayang kak ika jugakkkkk <3 <3 <3

Entry saya kucar kacir kan?Haha,tak apalah yang saya pasti kami semua mesti faham post ni dan saya seperti baru tersedar bahawa saya sebenarnya sangat10x sayang mereka.Touching lah pulak.

Korang,orang sayang korang!



LOVE CAN GIVE YOU A HUNDRED REASONS TO CRY,BUT true friends CAN GIVE LIFE A THOUSAND REASONS TO SMILE (^_^)





As long as we have memories,yesterday remains...as long as we have hope,tomorrow awaits...as long as we have friendship,each day is a new day




Yang bernama sahabat itu luhur maksudnya,sentiasa bersama suka dan duka,menegur kesilapan,memuji kebaikan,menutupi keaiban..tatkala teralpa dia lah yang mengingatkan..tatkala bergelap dia lah yang menerangi..tatkala terkurang dia lah yang menambahkan..tatkala terlebih dia lah yang jadi pengagih..berat beban sama dipikul,beban ringan sama dijinjing..sentiasa ada waktu diperlukan..kerana tawa dan tangis sahabat itu sentiasa berpintal,bertemu dan berpisah cuma hanya dengan redha ALLAH






Doa untuk mu sahabat,


YA ALLAH,bentuklah dirinya menjadi hamba yang kuat menyedari tatkala ia lemah,berani menghadapi diri sendiri tatkala dia takut.Jadikan dia hamba yang memiliki rasa bangga dan keteguhan dalam kekalahan,rendah hati dan jujur dalam kemenangan.Bentuk ia menjadi hamba yang kuat dan kenal diri.Jangan lah dirinya dibimbing atas jalan yang mudah dan lemah.Bimbinglah supaya teguh berdiri di tengah badai ~~~ insyaALLAH..doakan ku juga






"Apabila seseorang mencintai saudaranya, maka hendaklah ia memberitahunya bahawa ia mencintainya." - HR Abu Daud dan Tirmidzi.






Sunday, 22 May 2011

Something wrong?

He's finding his way






Lost






HopeS






A dad and a child


Astaghfirullah 

Thursday, 19 May 2011

Cinta ku berpesan,



Ayah saya pesan,kalau rasa tak ada semangat....


1-Banyakkan amalan pagi dan petang (lepas asar dan subuh) 


Ayah kata mathurat pun sudah cukup,insyaAllah


2-Banyakkan baca, 


Rasulullah s.a.w. bersabda : “Perbanyakkanlah membaca La Haula Wala Quwwata Illa Billah kerana sesungguhnya bacaan ini adalah ubat bagi 99 penyakit, yang mana penyakit paling ringan adalah KEBIMBANGAN” (Riwayat Al-Uqaili melalui Jabir r.a.)


3-Banyakkan baca Al-Quran

Ayah kata,kita orang Islam ada Quran.Bila rasa resah,sedih terus buka Quran sebab ia nya boleh meredhakan keresahan

4-Banyakkan istighfar

Daripada Ibni Abbas R.a, Rasulullah S.A.W bersabda : Sesiapa yang selalu beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kemudahan bagi setiap kesempitan, kesenangan bagi setiap kesedihan dan memberi rezeki tanpa diduga olehnya”. (Riwayat Al-Imam Abi Daud)



Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kpd ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.

- Imam al-Ghazali





Monday, 16 May 2011

She

Dia ym saya dan beritahu..  


'20 hari ni sangat bermakna'   


InsyaAllah saya akan memaknakan nya =)


Terima kasih Kinah!

Mencari

ketenangan di dalam jiwa.


Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika kau tidak temui, carilah hatimu ketika duduk tafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kpd ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati.

- Imam al-Ghazali


Monday, 9 May 2011

Mak

Mak.


Dia tak pernah menangis di hadapan saya,walaupun masa saya nak fly.Saya rasa saya hanya pernah tengok mak menangis semasa arwah nenek meninggal.Mak seorang yang tabah.Sejak kecil berdikari mencari rezeki untuk keluarga.Semasa mula-mula menjejakkan kaki ke Malaysia pun,mak sudah buat macam-macam kerja.Dulu tak apa,sebab mak muda lagi tapi sekarang mak makin tua.Cepat sakit sana sakit sini.



Mak,semoga diri mu sentiasa dipelihara Allah.


Terlalu banyak jasa seorang ibu kepada anaknya.Tak tertulis.Tak nak buat entry sedih tapi mungkin sebab kerinduan ini,tak tertahan jugak air mata =( Dalam adik beradik kami,saya lah satu-satunya yang berjauhan dengan mak sejak berumur 13 tahun sampai lah sekarang sebab belajar di sekolah berasrama dan sekarang berada di sini.Saya tahu saya banyak menyusahkan mak dan ayah.


Allah,semoga Engkau pelihara mereka.


Jasa mak,ibu,umi,mama,mek,ma terlalu banyak...banyak....banyak untuk diungkapkan.Mungkin satu masa nanti apabila kita berada di tempat mereka baru kita tahu seperti apa rasanya menjadi seorang ibu.


Terima kasih mak.Terima kasih yah kerana memilih mak yang hebat untuk kami.Terima Allah kasih kerana mereka adalah permata kami.

Wednesday, 4 May 2011

Exam mode

Cantik berseri mawar merah, 

Harum bau nya memikat hati, 


Kalau cik adik rasa nak marah,


Ambil lah wuduk tenangkan hati.




Usop dan Abi main kejar-kejar,


Usop jatuh tercedera kepala,


Untunglah kawan kalau bersabar,


Buat bekalan menambah pahala.





Pantun ini terhasil semasa saya sedang study di library iaitu di mana saat saya rasa macam dah tepu.Tak boleh nk sumbat dah.Apabila stress datang,maka terhasil lah puisi dan pantun.Exam praktikal tinggal beberapa hari lagi.Sekarang saya merasakan masa berjalan dengan sangat laju padahal 24 jam sehari tak pernah berubah 
pun.Muhasabah balik-rasanya saya yang terlalu lambat.Kalau last minute,semuanya boleh jadi serba tak kena.


Exam belum bermula lagi tapi pelbagai perasaan dah datang.Cuak.Takut.Debar.Ini baru exam dunia belum lagi akhirat.Akhirat kelak macam mana ye? :-$ Semoga kita semua sentiasa betul kan niat 'belajar kerana Allah,bukannya kerana peperiksaan semata-mata'.Masa nak exam ni lah kadang-kadang rasa macam niat terpesong.


Biar pun semua tengah kalut nak exam,harap2 nya kita tak abaikan tanggungjawab kita terhadap Allah dan mereka di sekeliling kita :)Tempoh ini adalah salah satu masa yang terbaik bagi kita untuk mendidik diri menjadi manusia yang lebih baik.



'Dan mohon lah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat.Dan (solat) itu sungguh berat,kecuali bagi orang-orang yang kusyuk' Al-Baqarah:45


Nota 1:Tahniah PCM atas usaha dalam menangani isu Medic's Got Talent


Nota 2:Nak tak nak,stress tetap datang menjengah ;(

Sunday, 1 May 2011

Medic's got talent?Saya bantah!

Assalamualaikum.


Dalam masa beberapa hari lagi satu program anjuran Universiti Mansurah akan diadakan.Program yang diberi nama Medic's Got Talent ini terbuka kepada semua pelajar perubatan,pergigian dan farmasi.Program ini dibuat untuk memberi peluang kepada pelajar  menunjukkan bakat mereka dalam bidang nyanyian,lakonan,komedi dan sebagainya.Apa kata anda tentang program ini?


Dari lubuk hati saya sendiri,saya sangat tidak bersetuju dengan program ini.Sebagai seorang pelajar yang beragama ISLAM,kita tidak sepatutnya menyokong perkara ini apatah lagi 'join sekaki' sebagai peserta mahupun penonton.KENAPA saya tidak bersetuju?


1-Kerana berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa ada halangan dari sesiapa.Mungkin ada yang akan kata,'eleh,aku duduk dengan geng aku lah,bukan nya pergi berkepit dengan mamat tu'.Ye,betul.Kamu bersama kawan sejantina,tapi tak rasa serba salah atau berdosa ke berada dalam majlis yang tidak menjaga batas-batas agama?


Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini: “Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi) 


2-Kerana pasti ada mereka yang tidak menjaga auratnya dan berlebih-lebihan dalam berhibur-menjerit,melakukan persembahan dengan lenggok badan atau suara yang menggoda.Tak mustahil mata-mata yang liar akan hinggap di badan kamu lalu timbul lah perkara yang tidak elok di dalam kepala.


Rasulullah saw memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: “Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim) 


3-Sepatutnya peserta hendaklah dalam kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki.Manakala jika persembahan itu tertutup dan semuanya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi tersebut dalam kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. 


4-Mana-mana program yang diadakan hendaklah tidak mengabaikan kewajipan kita kepada Allah-SOLAT.Ye,saya tahu.Program pukul 3 petang,mesti lepas asar baru gerak kan?Habis pukul 7 malam,maghrib tak habis lagi kiranya ok la maksud kamu?Program yang baik sepatutnya memang telah diperuntukkan slot untuk solat.Setiap orang memang ada inisiatif sendiri untuk keluar dan pergi solat tapi kalau dah duduk tempat yang sedemikian tak mustahil ada yang lagho.


Kita harus faham Islam tak pernah melarang kita berhibur tapi kalau salah memilih hiburan itulah yang menyebabkan kita berdosa.Hiburan yang patut kita cari adalah yang menenangkan jiwa di samping mengikut batas-batas Islam.Jangan lupa,syaitan sentiasa mengambil peluang  dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan manusia.


Kalau dah rasa teringin sangat nak join,apa kata kalau kamu sendiri cuba anjurkan mungkin di bawah universiti atau pun persatuan perubatan contoh seperti yang pernah dianjurkan Unit Pembangunan Insan-Princess Hour.dengan syarat tidak melanggar garis panduan yang telah ditetapkan Islam.Kalau perempuan,biar yang hadir semuanya bunga.Kalau lelaki,biar yang hadir semuanya kumbang.




Nota 1:Tak mustahil langsung masa tengah syok tengok persembahan + berhibur tiba2 Allah tarik nyawa.Agak-agak apa yang jadi dalam kubur nanti ye?Ingat,Allah tak pernah kata semua manusia akan mati masa TUA.


Nota 2:Saya budak baru belajar.Bukan nak shot sape2 tapi hanya menyatakan apa yang dirasa.Nak terima atau tak itu kamu sendiri kena fikirkan.


Nota 3:Anda masih boleh pandang ke belakang.


Nota 4:Atas permintaan seorang kawan,saya tukar perkataan boikot kepada bantah.Terima kasih kamu :)



Rujukan:[http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1950]