Sunday, 1 May 2011

Medic's got talent?Saya bantah!

Assalamualaikum.


Dalam masa beberapa hari lagi satu program anjuran Universiti Mansurah akan diadakan.Program yang diberi nama Medic's Got Talent ini terbuka kepada semua pelajar perubatan,pergigian dan farmasi.Program ini dibuat untuk memberi peluang kepada pelajar  menunjukkan bakat mereka dalam bidang nyanyian,lakonan,komedi dan sebagainya.Apa kata anda tentang program ini?


Dari lubuk hati saya sendiri,saya sangat tidak bersetuju dengan program ini.Sebagai seorang pelajar yang beragama ISLAM,kita tidak sepatutnya menyokong perkara ini apatah lagi 'join sekaki' sebagai peserta mahupun penonton.KENAPA saya tidak bersetuju?


1-Kerana berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan tanpa ada halangan dari sesiapa.Mungkin ada yang akan kata,'eleh,aku duduk dengan geng aku lah,bukan nya pergi berkepit dengan mamat tu'.Ye,betul.Kamu bersama kawan sejantina,tapi tak rasa serba salah atau berdosa ke berada dalam majlis yang tidak menjaga batas-batas agama?


Rasulullah saw bersabda dalam hal pergaulan lelaki wanita ajnabi ini: “Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.” (Hadis Riwayat Baihaqi) 


2-Kerana pasti ada mereka yang tidak menjaga auratnya dan berlebih-lebihan dalam berhibur-menjerit,melakukan persembahan dengan lenggok badan atau suara yang menggoda.Tak mustahil mata-mata yang liar akan hinggap di badan kamu lalu timbul lah perkara yang tidak elok di dalam kepala.


Rasulullah saw memberi amaran kepada wanita yang tidak menutup aurat mereka: “Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang menyerupai telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya.” (Hadis Riwayat Muslim) 


3-Sepatutnya peserta hendaklah dalam kalangan lelaki jika penontonnya adalah lelaki.Manakala jika persembahan itu tertutup dan semuanya adalah wanita maka dibolehkan penyanyi tersebut dalam kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja wanita yang menggoda. 


4-Mana-mana program yang diadakan hendaklah tidak mengabaikan kewajipan kita kepada Allah-SOLAT.Ye,saya tahu.Program pukul 3 petang,mesti lepas asar baru gerak kan?Habis pukul 7 malam,maghrib tak habis lagi kiranya ok la maksud kamu?Program yang baik sepatutnya memang telah diperuntukkan slot untuk solat.Setiap orang memang ada inisiatif sendiri untuk keluar dan pergi solat tapi kalau dah duduk tempat yang sedemikian tak mustahil ada yang lagho.


Kita harus faham Islam tak pernah melarang kita berhibur tapi kalau salah memilih hiburan itulah yang menyebabkan kita berdosa.Hiburan yang patut kita cari adalah yang menenangkan jiwa di samping mengikut batas-batas Islam.Jangan lupa,syaitan sentiasa mengambil peluang  dari hiburan yang melalaikan untuk menyesatkan manusia.


Kalau dah rasa teringin sangat nak join,apa kata kalau kamu sendiri cuba anjurkan mungkin di bawah universiti atau pun persatuan perubatan contoh seperti yang pernah dianjurkan Unit Pembangunan Insan-Princess Hour.dengan syarat tidak melanggar garis panduan yang telah ditetapkan Islam.Kalau perempuan,biar yang hadir semuanya bunga.Kalau lelaki,biar yang hadir semuanya kumbang.




Nota 1:Tak mustahil langsung masa tengah syok tengok persembahan + berhibur tiba2 Allah tarik nyawa.Agak-agak apa yang jadi dalam kubur nanti ye?Ingat,Allah tak pernah kata semua manusia akan mati masa TUA.


Nota 2:Saya budak baru belajar.Bukan nak shot sape2 tapi hanya menyatakan apa yang dirasa.Nak terima atau tak itu kamu sendiri kena fikirkan.


Nota 3:Anda masih boleh pandang ke belakang.


Nota 4:Atas permintaan seorang kawan,saya tukar perkataan boikot kepada bantah.Terima kasih kamu :)



Rujukan:[http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1950]

0 Kata-kata hikmah: