Monday, 27 June 2011

Botol air


Botol air ini dibeli semasa saya pulang Malaysia Februari lepas-cuti free sebab evakuasi.Sepatutnya penutup dia pun warna biru tapi saya tukar dengan penutup botol air Syakirah,kononnya nak tengok setakat mana kami jaga.Hoh!Saya lah yang cuai :D


Nak dijadikan cerita oleh Allah s.w.t,saya tertinggal botol air dalam bilik exam 18 Jun tempoh hari.Sampai kat rumah baru teringat jadi saya ambil keputusan nak tengok balik pada next exam,23 Jun.Tapi orang kata,di Mesir ni tinggal barang kejap pun boleh hilang.23 Jun kemudian pergilah saya ke gamaah dengan harapan akan bertemu kembali dengan botol air kesayangan tapi kecewa.Dah lesap :-(.Itu lah kali pertama sepanjang exam saya bertahan 3 jam tanpa minum walaupun seteguk air.


Nak dijadikan cerita lagi,hari ini ada seorang mak cik yang jaga exam tiba2 tanya saya ada tertinggal botol air ke tak.Saya dengan muka gembiranya cakap ya.Botol saya disimpan kat syuun tullab :-)


Nak tau saya fikir apa lepas dapat balik botol ni?


Hargai barang yang ada bersama kita selagi Allah masih beri peluang untuk kita hargainya.Sama juga seperti manusia.Sayangi mereka selagi mereka masih hidup.Selagi mereka ada.Satu nikmat yang cukup membahagiakan Allah hantar balik botol air ini kepada saya jadi saya boleh lah nak sayang banyak2 kat dia selepas ni tapi kalau manusia mana mungkin Allah nak hidupkan kembali setelah dicabut nyawa (tak mustahil pun bagi Allah nak hidupkan balik tapi yela kita ikut kebiasaan kejadian Allah :p)


Selepas ini reminder saya dah tak kan berbunyi dengan sia2! :D Sejak hilang botol air saya sering terlupa untuk minum air dengan sebanyak2 nya walaupun setiap sejam water reminder di laptop saya akan berbunyi.Makin sedih ada lah masa berbunyi tu sebab asyik teringat kat botol air.


 Im glad i found u back!

Disebabkan hari ini exam histology jadi sempat lah saya mewarna gambar botol air supaya nanti senang masa pergi syuun tullab.Saya tak tahu apa botol air dalam bahasa arab.hihi.Selamat berkhidmat kembali wahai botol air.I love u! 


Nota 1:Syakirah,mai la kita tukar balik penutup botol ni cepat2 :p

1 Kata-kata hikmah:

nasiayam said...

kehilangan mengajar kita erti bersyukur.moga dengan setiap kehilangan Allah gantikan yg baru.mcm kes awak,Allah gantikan perasaan syg yg lebih lg terhadap botol air tuh.

lebih berjaga-jaga and if possible,kita nak berakhir bersama dgn botol and segala kepunyaan kita,smpai Allah seru balik ke sisi Dia.mcm jugak bila bercinta.

surat dan tersirat.=)