Wednesday, 10 August 2011

Ini jawapan ku

Di satu sudut,terdengar kata-kata,'Benarkah keputusan yang aku putuskan?'.Mengenangkan apa yang bakal ditinggalkan kadang-kadang aku jadi tak keruan.Bersedih sendirian.


Dari satu sudut yang lain aku terbayang-bayang akan wajah-wajah yang cukup merindui ku di sana.Wajah-wajah yang seakan mengerti kepahitan yang aku lalui walaupun jarak  yang memisahkan cukup jauh.


Sudah penat aku mendengar persoalan,'kenapa keputusan ini yang diambil?' sehinggakan aku membiarkan saja persoalan itu tanpa jawapan.Ada masa aku penat untuk bercerita.Mesej yang dihantar berjela-jela aku biarkan.Pujuk nasihat yang diberikan aku dengar dengan hati yang kosong.Andai aku membalas,faham kah mereka pada cerita ku?

Orang kata,'tengok dia tu..tak pernah berputus asa,walau dah banyak benda yang jadi tapi dia tetap teruskan'.Siapa kata aku berputus asa?Siapa kata aku tak tengok dia?Hmmm..kondisi aku dan dia berbeza maka jangan samakan kami.Ini keputusan yang aku ambil,biar berjuta risiko yang mendatang sekali pun aku tak kan pernah menyesal kerana aturan Allah itu sesungguhnya sempurna.

Mak pernah berpesan,jika sesuatu keputusan sudah diambil maka jangan menyesal!Biar pun kemudian nya hanya keburukan yang menjengah.



Mengenangkan masa yang berbaki,melihatkan air mata teman-teman,menerima betapa dalam nya kasih mereka terasa sungguh berat hati ini.Tapi apa kan daya,di sana lebih memerlukan aku dan aku juga sudah penat menjadi 'kambing hitam' :-)


Kalau masih ada yang bertanya kenapa.Ini jawapan ku.


'Sekurang-kurang nya selepas ini kalau mereka rasa susah hati,penat dan rindu ..aku berada di sisi mereka.Mereka bekerja sendiri,menggunakan tulang empat kerat demi aku.Kalau semakin lama di sini,aku sendiri tidak tahu bila masanya aku akan menjadi yang terbaik untuk mereka kerana apabila aku 'diambil' kelak semuanya sudah tak kan sama kerana selepas dimiliki,yang memiliki aku lah yang pertama.'





Jangan pertikaikan jawapan aku.Kerana aku bukan kamu.Kerana kita berbeza.Kerana kamu tak tahu apa di dalam hati ini.


'Mungkin aku bukan orang yang PALING BERJAYA dalam pelajaran, tapi aku punya cita-cita terhadap mak dan ayah ku'.Aku hanya mengharapkan doa dan sokongan dari kalian :)

3 Kata-kata hikmah:

nasiayam said...

Quoting:"Mengenangkan masa yang berbaki,melihatkan air mata teman-teman,menerima betapa dalam nya kasih mereka terasa sungguh berat hati ini"

You makes me cry.It wont stop,I dont know why.My hearts feel burden inside.I am sorry if I let you down,I just lost a jewel in my heart.You.

Siti,biar apa pun org kata,biar sejauh manapun mereka menasihati..hny Allah dan awk yg tahu rasa dan ertinya.Balik for good,doesnt means anda berputus asa,it means,you are trying to find chances in things that you are good in.

Andai cinta ini berbalas,pasti ia membuah hasil.Balik la malaysia,and buat apa yg anda cintai-mencintai ibu dan bapa anda!

mujahidah said...

There's not a single person on earth who can understand one's feeling,as a whole or at 100%,
even how many hundreds of time we try make them understand,
because that is MAN,
NOT PERFECT !!!

Hanya Allah yang Maha Sempurna,
dan hanya DIA lah,
yang FAHAM segalanya,
meskipon engkau tidak berkata apa,

siti~
anything that had happenned or will be happening,
means that's the best for you,

yakin,
and kuat smangat,
orait ^_^

adeq said...

Allahu musta3an.moga menjadi insan yang suksess duniawi dan ukhrawi.kasikuatituhati sis.