Tuesday, 6 September 2011

Jangan buta sejarah!

Hari ini bermula lah perjalanan baru dalam hidup saya.Jalan yang mungkin agak jauh berbeza dengan jalan yang lepas.Subjek paling menarik yang saya belajar pada hari ini adalah Sejarah.


'Jangan buta sejarah!'

Itulah ayat yang diulang berkali-kali oleh cikgu saya.Ditanyakan kepada kami,


'Bagaimana pejuang yang sebenar?'


'Pejuang yang sebenar adalah mereka yang menerima banyak ujian tatkala melangsungkan perjuangan mereka contohnya seperti ditangkap,dibunuh,dipukul atau dilabel sebagai pengkhianat.Kalau kita belajar sejarah maka kita boleh menilai sendiri siapa pejuang yang sebenar'


Kata cikgu lagi,'biarlah diorang bergaduh ke apa,kita yang belajar,fikir sendiri.Itu semua hanya kerana politik maka masing-masing mempertahan kenyataan yang dikeluarkan'  


Kata-kata ini timbul gara-gara kenyataan yang dikeluarkan pemimpin kedua PAS sehingga menimbulkan kontroversi.Secara jujur,saya masih pening dengan sejarah melayu.Tapi sejarah yang kita belajar dengan dasar kepercayaan harus diubah dengan keyakinan.Oleh sebab itu,belajar lah sejarah,fikir,percaya dan yakin!


Sejarah,semakin kita belajar semakin tinggi rasa ingin tahu dan sejarah membuatkan kita berfikir.


Pernah tahu kenapa dulu Siam tidak dijajah oleh british?Saya tidak tahu secara detail tapi mengikut apa yang saya belajar tadi [buku takde lagi,ingat dalam otak jela] semasa permulaan british ingin memasuki Siam,sultan mangkoat telah melakukan banyak perubahan supaya pihak british merasa senang untuk berada di sana.Antara perubahan yang dibuat adalah menghapuskan amalan meniarap ketika menghadap raja,menghapuskan poligami,membenarkan mubaligh kristian untuk menyebarkan agama mereka dan sbgnya.


Dan saat ini,saya terfikir.


Adakah merdeka yang kita peroleh sekarang adalah 'percuma'?.Hmm.Masih banyak harus dikorek dari buku-buku sejarah.Apa-apa pun,bersyukurlah kita hidup di Malaysia :).Walaupun pilihanraya kita tak berapa bersih tapi kita tetap negara yang aman dari bencana alam.[Ada kaitan ke?haha] 


Oh ye,tapi semalam ada berlaku gempa bumi di Indonesia dan gegaran dapat dirasa di beberapa negara di Malaysia.Aman aman jugak tapi petanda kiamat dah makin banyak berlaku.Mari menjadi hamba yang lebih baik!

4 Kata-kata hikmah:

nasiayam said...

kata orang,sejarah itu banyak sudutnya.sesetengah orang kata,sejarah itu sekian,sejarah ini begini.itu sebabnya sejarah dlm bhasa inggeris,disebut sebagai HIS Story.bukan our story.his boleh jd pelbagai manusia.

'Pejuang yang sebenar adalah mereka yang menerima banyak ujian tatkala melangsungkan perjuangan mereka contohnya seperti ditangkap,dibunuh,dipukul atau dilabel sebagai pengkhianat.Kalau kita belajar sejarah maka kita boleh menilai sendiri siapa pejuang yang sebenar'--ni chegu awok ke ckp?kalu ye,mksdnya,mmg chegu awak the best!!!

=).i once hate sejarah.they really know how to make the history to be boring,so no one care to studies it harder.plus,the questions are so static with no progression towards our paradigm.usually the Q is about when,where..i agree,it is important.but not important for human resources

Baihaqi said...

hehe, sori, terpaksa delete komen awak. bahaya. :p

entry tu tiada kene mngena dgn manusia. tp kesinambungan entry sblumnya.. :)

Baihaqi said...

hehe, sori, terpaksa delete komen awak. bahaya. :p

entry tu tiada kene mngena dgn manusia. tp kesinambungan entry sblumnya.. :)

Fatimah Pataepannang said...

nasiayam!

cikgu saya la tu yg cakap:) mmg best lah die,kelaka pun ada.


baihaqi:

haha,okeh2.phm.