Friday, 28 October 2011

Kata bunga

Andai bunga ini terlalu manis
Maafkan dia
Andai bunga ini selalu menarik perhatian mu
Maafkan dia

Kata bunga,dia mahu menjadi penawar
Bukannya menjadi racun
Tapi terkadang dirinya sendiri yang lemah
Tidak mampu pertahankan tembok yang dibina
Yang akhirnya ternyata menjadi racun berbisa
Namun tatkala si bunga menjadi racun,
Semoga kumbang lah yang akan menjadi penawarnya
bukan terus membiarkan semuanya terbunuh bersama

Bunga bersedih dan menyesal
Andainya ada si kumbang yang goyah hatinya dek kemanisan yang ada pada dirinya

Maafkan  si bunga
Dia masih belajar untuk menjadi kuat
Demi mendapat secebis pandangan  rahmat daripada Tuhannya

Berdoalah kerana Tuhan sedang mendengar mu



Saturday, 22 October 2011

Harga yang perlu dibayar

Pagi-pagi lagi saya sudah melakukan kesilapan semasa memasak breakfast.Permulaan yang baik di waktu pagi sangat lah penting kan?Supaya nanti tak adalah rasa mood swing.Apabila mood swing maka datanglah pelbagai cerita-cerita sedih bernyanyi-nyanyi di minda saya.Tempoh hari, 'budak suka buat lawak dalam meeting' [awak!=D] minta saya update blog tentang apa yang saya lalui selepas balik Msia.Mood nak menulis harus dicari baru best.Jadi bersesuaian dengan mood yang tak berapa sihat,marilah kita mengupdate blog~


Sudah 2 bulan 5 hari saya berada di Msia.Sebelum pulang,saya tahu dan sudah berfikir 'ada harga kepahitan yang perlu saya bayar dengan keputusan yang telah saya ambil'.Walaupun rasanya seperti bersedia untuk menerima apa sahaja lemparan kata-kata,tapi saya tetap tak maklumkan kepada ramai teman tentang kepulangan saya.Saya khuatir,persoalan yang terlalu banyak mungkin boleh membuatkan saya jadi seorang manusia yang lain.


Namun begitu,saya terpaksa akui sedikit sebanyak keputusan saya untuk tidak pulang ke Mesir mempengaruhi sikap saya.Saya dapat merasakan,saya kini menjadi seorang budak yang semakin sensitif dan pendiam.Ramai yang mengetahui cerita saya akan berkata,


'eh ruginya balik macam tu je'


Setiap kali mendengarnya,saya hanya mampu tersenyum dan buat-buat muka biasa,cuba untuk cover 'goresan' yang dilukis supaya tak terlihat di mata orang.


Ada juga yang cerdik pandai,mengatakan saya pulang kerana teringat boyfriend.Ini adalah alasan yang paling tak boleh terima.Cukup sedih.Cukup kecewa.Tak kenal maka tak cinta.Tak sepatutnya seseorang yang tak pernah bersama saya,makan bersama,tidur bersama,duduk bersama, berkata sedemikian.


Minggu lepas saya ke hospital dengan kereta sewa.Di dalam teksi tersebut terjadi lah perbualan ini.


Pak cik:Belajar lagi ke?
Saya:Haah,belajar lagi.
Pak cik:Belajar kat mana?
Saya:Belajar sekolah swasta,adabi
Pak cik:Oh yeke..nampak macam budak dah masuk kolej.Kamu bercinta banyak sangat ke sampai tak boleh masuk sekolah kerajaan?
Saya: [tergelak kecil bercampur sedih]

Saya tak salahkan pak cik tersebut sebab memang dia tak tahu apa yang berlaku tapi begitulah harga yang perlu saya bayar.Saya kemudiannya menceritakan kisah saya pada pak cik tersebut.


Biarpun pahit,saya sedar pengalaman saya sangat berharga.Biarlah apa orang nak kata,biarlah apa saya rasa sekalipun,semuanya tetap berharga kerana perancangan Allah itu sangat sulit dan indah.


Saya mesti kuat!Itu yang paling penting.


Akal bertanya kepada hati, "kenapa kamu bersedih, wahai hati?" Hati mendongak kepada awan dan berkata, "Aku impikan sang angin untuk terus menyejukkanku. tapi, sang awan menolak angin jauh dariku. Aku hanya berharap sang awan tidak membasahkan hujan ke atasku". Akal bertanya lagi kepada hati, "kenapa kamu masih bersedih, wahai hati?" Hati mendongak kepada bulan dan berkata, "Aku impikan sang bulan untuk terus menyinarkan hidupku. tapi, tiap kali tiba masanya sang matahari menutupi bulan dariku. Kepanasan sang matahari menjadi ganti".Akal tersenyum lalu berkata, "jangan bersedih wahai hati, apabila awan melintasi, angin pasti datang lagi. Kepanasan akan pergi, bulan akan kembali di malam hari. Kamu hanya perlu menanti." 
[Tengah syok update blog tiba-tiba dapat kata2 ini.Terima kasih!:)]


Saat ini saya merasakan seperti terlalu banyak kelemahan dalam diri saya sehinggakan saya tidak tahu apa kelebihan yang saya miliki.[Bunyinya macam orang tengah mereng huhu].Tak apalah,saya tahu....saya perlukan masa!Saya perlukan masa untuk mencari kembali semangat dan kekuatan saya.Pedulikan orang yang tak tahu =)


Doakan saya kuat seperti kamu semua!






Fatimah,sila bertabah! (^__^) Bday tahun depan nak hadiah nama salji lagi boleh tak? =p

Friday, 21 October 2011

Surat Terbuka untuk HIMPUN


Assalamualaikum wbth...

Saya merupakan mahasiswa kelahiran Malaysia. Secara asasnya, jiwa Melayu bergelora di dalam diri saya. Terlalu lama menetap dalam rumah kayu beratap bata berdinding rotan, berkejaran dengan lembu dalam kebun getah, menjala ikan di sungai tepi sawah dan bermain gurah dan gasing di tepi rumah. Belajar quran dengan arwah datuk yang garang, menyalin buku-buku agama karya tangan warisan berzaman dan berjalan ke surau waktu pagi yang dingin itu adalah kegiatan yang menggamit kenangan. Inilah kehidupan beradat beragama yang penuh dengan ketenangan. Tiada lagi perlu dipertikaikan betapa Melayu dan Islamnya saya dalam menulis surat ini untuk tatapan peserta HIMPUN.

Setelah dewasa dan berhadapan dengan pelbagai kerenah alam, pandangan berubah, kematangan bercambah, pemikiran tidak lagi berada dalam sifir keluarga, tetapi merebak untuk kepentingan sejagat. Dahulu, dididik bahawa bangsa kita perlu dimartabatkan tanpa menghirau bangsa lain yang bercambah dan membiak di persekitaran. Ini lumrah dilahirkan Melayu, dilahirkan untuk menjadi rasis. Namun, dengan izin Allah, perasaan perkauman itu kurang menebal dalam diri, kerana dibatasi dengan larangan Allah swt terhadapnya.

Arakian, bertemulah saya dengan susuk bernama HIMPUN dalam beberapa nafas yang lepas. Mendengar ucapan dan percakapan sekreteriatnya yang begitu bersemangat. Dari percakapannya, jelas fikrah kumpulan yang diwakilinya. Tiada dapat diselindungkan lagi fikrahnya itu. Dari tulisan penulis-penulis pendokong HIMPUN, semakin lama semakin jelas fikrah perhimpunan ini. Jelasnya fikrah ini adalah seperti kuatnya bau durian yang disimpan dalam kereta di waktu tengah hari yang terik panasnya. Dengan memahami fikrah mereka, barulah kita dapat mengikuti secara jelas tujuan perhimpunan ini.

Niat Murni
Adapun niat murni yang ingin disalurkan kepada umat Islam, iaitu mengukuhkan aqidah umat Islam, justeru sangatlah patut disokong oleh sekalian umat Islam. Kerana aqidah yang tepat dan murni adalah diperlukan untuk melahirkan umat yang benar dan berwibawa. 

Adapun niat yang murni perlu disokongi dengan perlakuan yang benar. Perlakuan yang kebaikannya melebihi keburukan. Perlakuan yang mengambil kira sensitiviti dan perasaan kaum minoriti. Perlakuan yang tidak melanggar hak kafir zimmi yang duduk berlegar bersama kita tanpa ada sedikit pun dalam fikiran mereka untuk memberontak dan menghancurkan rumah ibadat kita. Perlakuan yang tidak akan menikam kita dari belakang sehinggakan orang bukan Islam semakin jauh daripada kebaikan dan keadilan Islam.

Siapakah Perosak Kemurnian Niat?
Pihak yang merosakkan niat murni ini adalah pihak HIMPUN sendiri. Niat murni ini tidak disusuli dengan perancangan teliti oleh sekreteriatnya. Cuba lihat salah satu daripada objektifnya yang terang menuding jari kepada pihak lain. Objektif itu menulis, "khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011". Dalam sidang media, mereka berkata, "Kes yang terakhir ini membuktikan betapa pihak yang mendalangi usaha pemurtadan umat ini semakin berani dan aggresif dalam menggerakkan dakyah mereka." dengan merujuk kepada kes DUMC sedangkan Sultan bertitah, bahawa JAIS dapat maklumat bahawa berlaku proses tersebut, tetapi, "keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil." Sekreteriat HIMPUN secara semberono melanggar titah raja dengan menyatakan bahawa berlakunya usaha ini walaupun pihak kerajaan sendiri tiada maklumat yang boleh mensabitkan kesalahan terhadap mereka atau dalam bahasa yang senang difahami, "ianya hanya khabar angin sahaja".

Malahan, lihat, bagaimana tiada satu pun objektif yang meminta kita kembali kepada ajaran Allah supaya boleh bertahan jika aqidah digoncangkan dengan gempa hujah dari agama luar. Mungkin pihak HIMPUN lupa bahawa jika seseorang itu mempunyai aqidah yang kukuh, mereka tidak akan goyah sedikitpun walau datang seribu paderi dan sami buddha untuk memesongkan aqidahnya. Adakah pihak HIMPUN beranggapan bahawa aqidah umat Islam walaupun sekuat mana pun, mampu dipesongkan oleh paderi dan sami? Adakah pihak HIMPUN beranggapan hujah Islam kurang gagah berbanding hujah Kristian dan agama lain? 

Target yang Salah
Jelas sekali target HIMPUN adalah salah. Objektif mereka ada pesongan yang jauh daripada untuk mencapai keputusan yang memberangsangkan untuk kepentingan Islam. Islam memandang usaha yang dilakukan oleh umatnya tidak mengambil kira keberjayaan usaha itu. Tetapi, Islam menyuruh kita membuat sesuatu usaha atas untuk mencapai keputusan yang baik, dengan perancangan yang teliti, dan dengan kesungguhan yang melebihi kesungguhan golongan bukan Islam. Islam melarang umatnya membuat sesuatu tanpa usaha untuk mencapai kemenangan. Cuba lihat, Rasulullah berhijrah dengan penuh teliti perancangannya. Sedangkan, Rasulullah itu pasti akan dilindungi Allah swt. Jika umat Islam yang ingin berhijrah, ditangkap dan dibunuh sekalipun, mereka beroleh syurga kerana usaha mereka mengikuti suruhan Allah. Namun, Rasulullah masih lagi merancang dengan teliti. Mengapa perancangan HIMPUN begitu tidak sempurna?

Target Yang Benar
Target yang sebenar yang perlu dihapuskan dengan buluh runcing bersalut racun adalah kelemahan aqidah umat Islam itu sendiri. Kelemahan yang disebabkan oleh tangan-tangan umat Islam itu sendiri. Cuba lihat, betapa banyaknya program realiti TV yang mengajak umat Islam ke arah hiburan yang melaghakan. Cuba lihat berapa banyak konsert yang mengajak pergaulan tanpa batasan. Cuba lihat betapa matapelajaran Pendidikan Islam dianaktirikan sehinggakan ia dianggap picisan. Cuba lihat betapa hukum Islam diaibkan setiap hari oleh umat Islam sendiri. Keimanan yang tinggi kepada Allah berserta aqidah yang murni, pasti tidak akan berupaya dipesongkan lagi. Jadi, pihak HIMPUN perlulah meminta supaya pihak kerajaan mengurangkan hiburan dalam negara kerana ini yang menyebabkan iman rakyat boleh menjadi senipis rambut. Dengan menguatkuasakan akta murtad, murtad masih lagi boleh berlaku, kerana untuk murtad, tidak perlu kepada persetujuan mahkamah. Sambil-sambil tengok TV pun boleh murtad!

Kristianisasi
Menurut makna dari Dewan Bahasa dan Pustaka, kristianisasi ialah istilah bagi gerakan penganut Kristian untuk menyebarkan agama mereka dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Secara jelas dan terang ditulis di laman sesawangnya, "tema himpunan tertumpu atau fokus kepada kegiatan kristianisasi, kesan dan cabarannya kepada masyarakat majmuk di negara ini."  Tapi, dalam terang mentari suluhan objektif perhimpunan ini sendiri yang menuding jari kepada warga kristian atas kelonggaran aqidah umat Islam, mereka masih lagi cuba mengelirukan dengan pernyataan songsang mereka, bahawa "ia bukanlah provokasi terhadap orang Kristian"

Kesan HIMPUN kepada Masa Depan 
1. Hubungan antara Islam dan Kristian semakin jauh. Cuba kita teliti dan baca setiap komen-komen antara umat Islam dan rakyat bukan Islam, yang boleh dibaca dalam malaysiakini dan malaysian insider. Disebabkan HIMPUN ini, orang bukan Islam berkeinginan mengadakan juga perhimpunan mereka. Dan, umat Islam membalas dengan kata-kata yang kasar seperti, "tak sedar diri duduk negara orang". Inikah yang ingin dicapai?
2. Umat Islam yang sudah dipesongkan tidak kembali kepada Islam disebabkan HIMPUN ini. Cuba lihat tentatif HIMPUN. Orang yang berharap 250000 orang (seperti yang didakwa Mufti Perak) akan kembali kepada Islam, pastinya manusia yang berfikiran positif tanpa mengetahui hakikat sunnatullah, "iaitu usaha tangga kejayaan". HIMPUN hanyalah satu pertunjukan bilangan umat Islam kepada bukan Islam.
3. Orang Krisitian tetap tidak akan berhenti menyebarkan fahaman mereka walaupun perlembagaan menghalang mereka. Dalam ajaran mereka, menyebarkan Kristian adalah kewajipan, seperti yang ditulis dalam Gospel of Matthew."Go ye therefore, and teach all nations, baptizing them in the name of the Father, and of the Son, and of the Holy Ghost: Teaching them to observe all things whatsoever I have commanded you: and, lo, I am with you always, even unto the end of the world. Amen." Sekatan ini tidak akan menyebabkan mereka berhenti. Adakah umat Islam akan berhenti menutup aurat jika kerajaan Malaysia melarang penutupan aurat? Umat Islam tetap akan menutup aurat, kerana ianya kewajipan agama. Jadi, orang Islam tidak boleh berangan-angan, bahawa dengan adanya akta itu, Kristian tidak akan lagi disebarkan. Penganut Kristian yang kukuh pegangan kepada Kristian tetap akan menyebarkannya.

HIMPUN, ataupun Perhimpunan Sejuta Umat ini, secara realitinya adalah program berniat murni tapi, dilaksanakan dengan salah. Ketegangan agama pasti akan berlaku, jika Islam terus dimomokkan sebegini oleh umat Islam sendiri. Jika mahukan kejayaan, pastikan umat Islam dilengkapi dengan kenyataan balas terhadap hujah mereka, serta sediakan hujah dari sebelah kita untuk menunjukkan kemurnian agama kita.

Sekian, semoga kejayaan bersama masyarakat beriman.Assalamualaikum wbth. 

Tulisan daripada seorang kawan,
Abdul Manaf Bin Abdullah

Friday, 14 October 2011

Sukarnya fahami hati itu.

Sudah lama tak update blog.Terima kasih kepada yang mengingatkan.Itu tanda sokongan.Orang jauh tengah rindu nak baca cerita terbaru kot? ;)


Terlalu banyak kisah yang ingin saya coretkan tapi setiap kali ditaip pasti saya delete semula.Hmm?Emosi masih tak stabil mungkin?


Ok.hari ini nak berkongsi satu nukilan menarik dari seseorang.Penulisnya mungkin tak ada blog kot? :D jadi dia berharap saya boleh berkongsi di dalam blog saya.Awak,saya minta maaf..lambat sangat post.Tapi hari ini saya teringat awak dan saya harap post ini sendiri mampu memberikan awak kekuatan sebabnya semuanya dari hati awak sendiri.

**************************


Manusia ni memang susah nak untuk faham atau difahami kan,
Sebenarnya kita nak faham diri & hati sendiri pun sangat susah,
Kenapa??
Andai lah ramai yang faham akan diri & hati masing-masing,
Mesti kita tidak akan jumpa…
Mat Rempit,perompak, pembunuh ,rasuah, fitnah atau tidak akan ada kes jenayah langsung kt dunia ni,

“Barangsiapa yang kenal hatinya, maka dia akan kenal Tuhannya”
(Maksud Hadis)


كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ
"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, kamu menyuruh kepada ma`ruf dan mencegah dari yang mungkar dan beriman kepada Allah"
(Ali-Imran : 110)
Umat Terbaik !!!
(*mesti kita ada perasaan bangga jika kita dapat gelaran, PELAJAR TERBAIK atau DOKTOR TERBAIK sehingga kita lebih bersemangat untuk menabur jasa agar gelaran itu sentiasa segar pada
 pandangan mata manusia)
Namun,
Di mana perasaan bangga itu apabila kita disebut  umat & hamba TERBAIK kepada Allah & Rasul NYA ???
Ke mana kesungguhan itu hilang untuk mengekalkan gelaran UMAT TERBAIK di hadapan ALLAH & Rasulullah SAW?
Disebabkan hati itu terlalu unik dan memerlukan kesedaran yang tinggi dan datang daripada ilmu,
utk difahami, serta dikatakan hati itu juga  lah RAJA dalam diri,
Maka,masyarakat seperti hari ini lah yang telah terbentuk,penuh mungkar & ingkar.

“Ketahuilah bahawa setiap raja memiliki pagar (aturan). Ketahuilah, bahawa pagar Allah adalah larangan-laranganNya. Ketahuilah, bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya. Ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati.”
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)


Baik hati,baiklah akhlaknya,baiklah manusia itu…
Rosak hati,rosak akhlak,rosak lah manusia itu…
Ibarat harta atau kereta,apabila rosak,pasti kita segera bertindak menghantar ke kedai untuk dibaiki,kerana betapa harta itu penting dalam menjalani kehidupan seharian.
Andai rosak terlalu lama,dikhuatiri tidak tidak mampu lagi dibaiki.
Namun,jarang sekali manusia sedar,bahawa HATI itu juga rosak dan SENTIASA perlu di perbaiki.
Jika terlalu lama rosak hati itu,maka MATI lah ia dan tidak lagi boleh “digunakan”
Mahukah kita hidup tanpa HATI ?
Mahukah kita hanya hidup sebagai BONEKA syaitan yang tiada tujuan hidup,
kerana sudah jelas, terang lagi nyata di beritahu dalam kitab Agung-NYA,

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنْسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan Manusia melaikan untuk beribadah kepadaku”.             (Adz Dzariyat [51] : 56)

Kita hidup hanya dengan satu tujuan iaitu BERIBADAH kd Allah.
Namun kalam Allah yang hanya satu baris ini,terlalu sukar untuk difahami apatah lagi untuk diamalkan.
Ayuh manusia sekalian,tinggikan semangat,tegarkan langkah,
Fahami lah hati itu,di mana kedudukan kita hakikatnya dalam dunia ini,
Dan faham yang menghasilkan kesedaran itu datang dari ilmu,

"Sebaik-baik ilmu adalah yang dapat menyebabkan takut kepada Allah"
(Syeikh Ibnu 'Atho'ilah As Sukandar)

Jika PELAJAR TERBAIK itu adalah kerana keputusannya yang cemerlang,
Jika DOKTOR TERBAIK itu adalah kerana hebatnya dia dalam merawat pesakit,
Jadi, DI MANAKAH UMAT TERBAIK pasca ini ?
Yang menyuruh kepada kebaikan,
menegah daripada kemungkaran,
semangatnya tegar dalam perjuangan…
Dan hidupnya tidak lain tidak bukan,hanya lah untuk Allah & Islam.
Allahu’Alam.


*************************

AWOK! Allah knows the best :)
Hanya kiriman rindu dan semangat dari jauh mampu ku berikan