Tuesday, 15 November 2011

Untuk bakal isteri ku



Bolehkah kamu berjanji, jika kamu menjadi isteriku, masa yang kau luangkan bersamaku, adalah masa yang bermanfaat untuk agamaku, dan untuk kehidupanku? Bolehkah kamu berjanji untuk berusaha tidak mengambil masa yang telah aku berhabisan menyusunnya untuk agama kita untuk kehidupan peribadimu, yang tidak mendatangkan kebaikan untuk agama kita? Bolehkah kamu berjanji melalui masa yang aku luangkan bersamamu 1 minit, akan memudahkan kerja agamaku selama 5 minit? Bolehkah kamu berjanji untuk berusaha bersamaku?

Jika kamu berjanji, dan jika diriku adalah suamimu, aku berjanji akan berusaha, tiada masaku yang akan aku luangkan melainkan supaya kehidupanmu berada pada landasan yang benar. Dan, tiada masa luangku akan aku habiskan melainkan supaya dirimu didengari dan dihargai. Dan, aku akan sentiasa berjalan bertemankan dirimu, jika kamu berjanji, kerana kamu tangan yang memudahkanku. Dan, aku akan sentiasa duduk bersebelahamu, jika kamu berjanji, kerana kamu peneman yang menyejukkan hatiku.

0 Kata-kata hikmah: