Thursday, 6 December 2012

Aku





Untuk satu tempoh,aku perlukan ia.

Biarkan aku dalam duniaku.Kerana aku hanyalah aku.
Kau hadirkan rasa,melalui kamu ku rasai,
sakitnya diri.
Bertahanku begini cuma.


Cukuplah.

Sunday, 2 December 2012

.


This moment,
my heart says,'alone is always better'
Just let it be between you and Him.

People can give you hundred reasons to cry,
but Allah can give life thousand reasons to smile.

Smile can hide the pains,
show the world the warmth of you smile.

Sunday, 25 November 2012

Tulip


Tulip fields,Amsterdam

Y: Alhamdulillah... ♥ We've made it through the rain and storm (?!). Most importantly, I've finally got what I've always wanted : to listen to the sound of the ocean wave and to see it with my own eyes before leaving England for good :')

F:Yana,bila balik?Bawak balik snow.Ole2 from England :P

Y:In Shaa Allah July rasanya balik ... hahahah helloo...snow dah takde time tu tapi benda lain blh diusahakan :P

F:Okey,then bring me a tulip! :P

Y:Allah....dia mintak tulip pulok doh! HAHAHAHA lol...we'll see apa Yana bwk balik :p

F:Haha.Okey. *wink2* :D

[copy paste from FB]

One fine day,I really wish that i'll be there;Tulip fields with my own family.Happily enjoying the great moment.How i really wish that...Subhanallah.Tapi buat masa sekarang saya hanya berharap ada seseorang yang akan bawa balik tulip untuk saya,sekurang-kurangnya satu tulip.Tak kira yang dah layu atau pun yang masih berseri-seri.Untunglah orang belajar oversea~ :D

Okey,esok exam paper Geografi 1.Yosh.Bye!:)

Thursday, 15 November 2012

Sukma

Rasa ini,
entah apa
bagaikan menjerut-jerut.

Lemas.

Lelah.


Sukarkah mentafsir rasa hati sendiri?

Pantaskah aku untuk bertanya kenapa?




Rasa ini,
akan membawa aku ke sana.

Benar,ada yang menanti.
Sentiasa,aku percaya itu.

Wednesday, 24 October 2012

Bulan Islam

Cikgu:Kalendar yang kita gunakan sekarang merupakan sumbangan daripada Rom kepada tamadun dunia.Bulan Julai dinamakan bersempena nama Julius Caeser manakala bulan Ogos pula bersempena dengan nama Maharaja Augustus iaitu Maharaja pertama Rom.
Ok,hari ini berapa haribulan?
Anak murid:24 Oktober!!
Cikgu:Bulan Islam berapa haribulan?
Anak murid:errrr (sok sek sok sek) 7 kan?ke 8 Zulhijjah?Err
Cikgu:Macam tulah kita semua.Lebih mementingkan yang Barat daripada sumbangan Islam sendiri.Yang awak tahu hanya masa bulan puasa dan Hari Raya.
Anak murid:.......(dush)

*Quick update before going to school.Tomorrow is a big day.Jom puasa!:)

Sunday, 14 October 2012

Singgah

Assalamualaikum :)

Sudah hampir 2 bulan blog saya sunyi sepi tanpa sebarang entry.Banyak kali entry ditaip namun,di akhirnya jadi mangsa 'tong sampah'.STPM tinggal sebulan lebih saja lagi.Ahh,exam sungguh menakutkan dan mengingatkan saya pada kisah lama.Trauma sungguh dibuatnya.Kepada yang masih sudi membaca tulisan saya,doakan saya.Doakan kejayaan saya.Biarpun segala-galanya nampak sedikit terlambat bagi saya,tapi saya tahu,kita tidak pernah tua untuk belajar dan menuntut ilmu.



Pesanan di atas turut dikenakan ke atas diri saya sendiri supaya jangan mengganggu orang lain :) Perlukan masa untuk diri sendiri.Saya berharap Tuhan boleh bantu saya untuk lesap dari dunia buat sementara waktu.Haih,begitulah kehidupan.Sekejap di atas,sekejap di bawah.Sekejap gembira dengan dunia,sekejap terasa mahu merajuk dengan dunia.Dunia;penjara yang memenatkan.

Hari ini mood saya sungguh tunggang-langgang.Merindui untuk menulis yang pernah suatu masa dulu saya anggap sebagai terapi.Huhu.InsyaAllah,perkongsian kisah-kisah perjalanan hidup akan bermula semula selepas peperiksaan.

p/s:Membaca tulisan sendiri dan cukup terserlah 'kekakuan' di dalamnya #_#

Saturday, 18 August 2012

Terakhir

Semalam terawih terakhir,tadi sahur terakhir,petang nanti buka puasa terakhir.Hari ini hari 

terakhir puasa tetapi harapannya semoga ia bukan ramadan terakhir buat kita.Jumpa lagi 

tahun depan.


Dah lama sangat tak update blog.Exam semakin menghampiri.Saya harap selepas exam berakhir,saya akan lebih komited dengan blog saya.

Doakan saya! =)

Saturday, 23 June 2012

Menulis

Aku mahu menulis,
menulis tanpa ada yang memotong kata-kataku.
Biar apa orang kata,
tulisan ini tetap berjalan.


Aku mahu menulis,
supaya di saat aku menekan papan kekunci ini
aku sedar,aku masih hidup
aku masih hidup keranaNya.

Saturday, 2 June 2012

Who are you?



I've learned that no matter how much I care,
some people just dont care back.

And,

Its not the end of the world.

=)



You,you and you;Thanks for always there when i need you.

Sometimes goodbye means i love you too much.

Thursday, 19 April 2012

Precious.

Monday, 2 April 2012

Bulan

Selamat datang April,
Bermula lagi hari-hari baru,
Jalan lurus,jalan panjang,jalan bersimpang-siur
semua akan dilalui,
Kian kukuh menanam azam,
Menabur benih-benih kesungguhan,
Untuk sebuah perjalanan.

April,30 hari kita akan bersama,
Biar singkat,asal bermanfaat,
Mari kita bercinta,penuhi masa-masa yang ada.

'Masa berlalu dengan terlalu pantas' -Point utama puisi.





Kata MJ,'awak boleh ubah segalanya,awak kena gagah' :) Kata-kata sebegini sangat bermakna tatkala semangat seperti runtuh.


Saturday, 10 March 2012

BADAR 313 [1]

Minggu lepas seorang teman bertanya kepada saya,apakah sebab berlakunya peperangan Badar.Tercengang saya cuba mengingati kisah Badar.Kecewa dengan diri sendiri,saya tidak dapat mengingati cerita peperangan agung dalam Islam.Teman saya kemudiannya mula bercerita.Selang beberapa hari,cikgu Sejarah saya pula mengajar tentang tema ketahanan dan pertahanan [Sejarah Tamadun Islam STPM].Alhamdulillah,saya kini lebih memahami dan mengingati berkenaan peperangan Badar.






Perang Badar merupakan peperangan pertama di antara orang Islam dan orang Kafir Quraisy yang berlaku pada 17 Ramadhan Tahun ke-2 Hijrah di pinggir sebuah telaga milik seorang lelaki bernama Badar.Peperangan ini diketuai sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W manakala pihak Quraisy diketuai Abu Jahal.


Semasa Umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah mereka telah meninggalkan segala harta benda di Mekah dan menuju ke Madinah sehelai sepinggang.Namun harta-harta tersebut telah dirampas oleh pihak Quraisy.Pada tahun ke-2 Hijrah,satu kafilah perdagangan Quraisy dibawah pimpinan Abu Sufian akan melalui satu kawasan al-Haur'a berhampiran Madinah.Justeru itu,ini adalah peluang keemasan kepada umat Islam untuk menuntut hak mereka yang telah dirampas oleh Quraisy semasa penghijrahan mereka.


Kekuatan Angkatan Tentera Islam:
  1. 313 org tentera
  2. 2 ekor kuda ditunggang Zubair bin al-Awwam dan Miqdad bin al-Aswad
  3. 70 ekor unta.Setiap tiga atau empat tentera bergilir-gilir menunggang unta.
Kekuatan Angkatan Tentera Musyrikin:
  1. 1000 org tentera
  2. 200 org tentera berkuda
  3. 100 org tentera berbaju besi
  4. Bilangan unta nya banyak dan tidak dapat dipastikan jumlahnya.
Abu Sufian yang menyedari perancangan Rasulullah telah menghantar Domdom bin Amru al-Ghifari untuk meminta bantuan penduduk Mekah agar menyelamatkan harta perdagangan mereka.Setelah Rasulullah mendengar persiapan tentera Quraisy demi menghadapi angkatan tentera Islam,Baginda terus mengadakan persidangan tergempar dengan para sahabat untuk mendengar pendapat mereka.Dalam mesyuarat tersebut,ternyata golongan Muhajirin dan Ansar telah bersedia untuk menghadapi segala kepayahan bersama Rasulullah.

Antaranya kata-kata Miqdad bin Al-Aswad kepada Rasulullah:

Wahai Rasulullah,laksanakanlah apa yang ditunjukkan Allah S.W.T kepadamu.Sesungguhnya kami tetap bersama kamu.Demi Allah kami tidak akan berkata sebagaimana Bani Israil kepada Musa:'Pergilah kamu bersama Tuhanmu berperang,sesungguhnya kami mahu tinggal di sini'.Tetapi (kami menyatakan) pergilah kamu bersama Tuhanmu berperang,sesungguhnya kami akan bersama-sama kamu berperang.

p/s:Akan bersambung.Huhu.Masih ada 1 esei perlu disiapkan. 

Sunday, 4 March 2012

Jauh

Kadang-kadang saya merasakan hidup saya sungguh memenatkan.Saya sudah bergerak hampir separuh jalan namun akhirnya saya berpatah kembali.Segala perancangan,impian,harapan yang pernah dibina turut berkecai bersama keputusan yang telah saya pilih.


Kejayaan masih jauh.Jauh di hadapan.Ada satu ketika hati saya meronta-ronta mahu bertanya pada Nya,kenapa saya?Tapi cepat-cepat saya buangkan perasaan tersebut.Bersangka baik pada Allah.Itulah yang terbaik.Mungkin yang kita rasa suka itu belum tentu baik dan yang kita benci itu belum tentu buruk.Hakikatnya Allah jua lah yang lebih mengetahui segalanya.Perancangan Allah adalah yang terindah biarkan pada mata kasarnya kelihatan berliku.




Katakan alhamdulillah :)

Thursday, 23 February 2012

Wake up call

Assalamualaikum :) Sudah berbulan lamanya blog saya dibiarkan penuh dengan sawang.Matlamat ingin berkongsi apa yang memberi makna kepada pembaca bagaikan hilang ditiup bersama semangat yang pudar satu ketika dahulu.Alhamdulillah,hari ini saya diberi kekuatan untuk menulis,sekali lagi berkongsi rasa bersama mereka.Masih adakah yang sudi singgah di sini?~

Hari ini saya sedikit tersentak dengan berita kematian seorang teman.Umur kami sebaya namun dia sudah terlebih dahulu meninggalkan kita.Muda tidak pernah dijanjikan berumur panjang kerana mati tak mengenal usia.Apabila yang pergi itu kenalan,pasti hati rasa lebih mengingati akan kematian.Bagai mimpi,berfikir sejenak bagaimanakah andai esoknya kita pula yang mengikut jejak langkah?





Sudah terisi dengan apakah kehidupan kita?Masih terlalu banyak kekurangan dan khilaf terhadap Tuhan sendiri.Hari ini sekali lagi Tuhan mengetuk pintu hati saya.Semoga Allah kurniakan ketenangan dan kekuatan hati untuk meneruskan hari-hari yang mendatang.


InsyaAllah!