Saturday, 10 March 2012

BADAR 313 [1]

Minggu lepas seorang teman bertanya kepada saya,apakah sebab berlakunya peperangan Badar.Tercengang saya cuba mengingati kisah Badar.Kecewa dengan diri sendiri,saya tidak dapat mengingati cerita peperangan agung dalam Islam.Teman saya kemudiannya mula bercerita.Selang beberapa hari,cikgu Sejarah saya pula mengajar tentang tema ketahanan dan pertahanan [Sejarah Tamadun Islam STPM].Alhamdulillah,saya kini lebih memahami dan mengingati berkenaan peperangan Badar.






Perang Badar merupakan peperangan pertama di antara orang Islam dan orang Kafir Quraisy yang berlaku pada 17 Ramadhan Tahun ke-2 Hijrah di pinggir sebuah telaga milik seorang lelaki bernama Badar.Peperangan ini diketuai sendiri oleh Nabi Muhammad S.A.W manakala pihak Quraisy diketuai Abu Jahal.


Semasa Umat Islam berhijrah dari Mekah ke Madinah mereka telah meninggalkan segala harta benda di Mekah dan menuju ke Madinah sehelai sepinggang.Namun harta-harta tersebut telah dirampas oleh pihak Quraisy.Pada tahun ke-2 Hijrah,satu kafilah perdagangan Quraisy dibawah pimpinan Abu Sufian akan melalui satu kawasan al-Haur'a berhampiran Madinah.Justeru itu,ini adalah peluang keemasan kepada umat Islam untuk menuntut hak mereka yang telah dirampas oleh Quraisy semasa penghijrahan mereka.


Kekuatan Angkatan Tentera Islam:
  1. 313 org tentera
  2. 2 ekor kuda ditunggang Zubair bin al-Awwam dan Miqdad bin al-Aswad
  3. 70 ekor unta.Setiap tiga atau empat tentera bergilir-gilir menunggang unta.
Kekuatan Angkatan Tentera Musyrikin:
  1. 1000 org tentera
  2. 200 org tentera berkuda
  3. 100 org tentera berbaju besi
  4. Bilangan unta nya banyak dan tidak dapat dipastikan jumlahnya.
Abu Sufian yang menyedari perancangan Rasulullah telah menghantar Domdom bin Amru al-Ghifari untuk meminta bantuan penduduk Mekah agar menyelamatkan harta perdagangan mereka.Setelah Rasulullah mendengar persiapan tentera Quraisy demi menghadapi angkatan tentera Islam,Baginda terus mengadakan persidangan tergempar dengan para sahabat untuk mendengar pendapat mereka.Dalam mesyuarat tersebut,ternyata golongan Muhajirin dan Ansar telah bersedia untuk menghadapi segala kepayahan bersama Rasulullah.

Antaranya kata-kata Miqdad bin Al-Aswad kepada Rasulullah:

Wahai Rasulullah,laksanakanlah apa yang ditunjukkan Allah S.W.T kepadamu.Sesungguhnya kami tetap bersama kamu.Demi Allah kami tidak akan berkata sebagaimana Bani Israil kepada Musa:'Pergilah kamu bersama Tuhanmu berperang,sesungguhnya kami mahu tinggal di sini'.Tetapi (kami menyatakan) pergilah kamu bersama Tuhanmu berperang,sesungguhnya kami akan bersama-sama kamu berperang.

p/s:Akan bersambung.Huhu.Masih ada 1 esei perlu disiapkan. 

2 Kata-kata hikmah:

Anonymous said...

teman anda di sekolah ke? (^_^)

Fatimah Pataepannang said...

Tak,tp teman di alam maya (^_^)