Wednesday, 24 October 2012

Bulan Islam

Cikgu:Kalendar yang kita gunakan sekarang merupakan sumbangan daripada Rom kepada tamadun dunia.Bulan Julai dinamakan bersempena nama Julius Caeser manakala bulan Ogos pula bersempena dengan nama Maharaja Augustus iaitu Maharaja pertama Rom.
Ok,hari ini berapa haribulan?
Anak murid:24 Oktober!!
Cikgu:Bulan Islam berapa haribulan?
Anak murid:errrr (sok sek sok sek) 7 kan?ke 8 Zulhijjah?Err
Cikgu:Macam tulah kita semua.Lebih mementingkan yang Barat daripada sumbangan Islam sendiri.Yang awak tahu hanya masa bulan puasa dan Hari Raya.
Anak murid:.......(dush)

*Quick update before going to school.Tomorrow is a big day.Jom puasa!:)

Sunday, 14 October 2012

Singgah

Assalamualaikum :)

Sudah hampir 2 bulan blog saya sunyi sepi tanpa sebarang entry.Banyak kali entry ditaip namun,di akhirnya jadi mangsa 'tong sampah'.STPM tinggal sebulan lebih saja lagi.Ahh,exam sungguh menakutkan dan mengingatkan saya pada kisah lama.Trauma sungguh dibuatnya.Kepada yang masih sudi membaca tulisan saya,doakan saya.Doakan kejayaan saya.Biarpun segala-galanya nampak sedikit terlambat bagi saya,tapi saya tahu,kita tidak pernah tua untuk belajar dan menuntut ilmu.



Pesanan di atas turut dikenakan ke atas diri saya sendiri supaya jangan mengganggu orang lain :) Perlukan masa untuk diri sendiri.Saya berharap Tuhan boleh bantu saya untuk lesap dari dunia buat sementara waktu.Haih,begitulah kehidupan.Sekejap di atas,sekejap di bawah.Sekejap gembira dengan dunia,sekejap terasa mahu merajuk dengan dunia.Dunia;penjara yang memenatkan.

Hari ini mood saya sungguh tunggang-langgang.Merindui untuk menulis yang pernah suatu masa dulu saya anggap sebagai terapi.Huhu.InsyaAllah,perkongsian kisah-kisah perjalanan hidup akan bermula semula selepas peperiksaan.

p/s:Membaca tulisan sendiri dan cukup terserlah 'kekakuan' di dalamnya #_#