Sunday, 14 October 2012

Singgah

Assalamualaikum :)

Sudah hampir 2 bulan blog saya sunyi sepi tanpa sebarang entry.Banyak kali entry ditaip namun,di akhirnya jadi mangsa 'tong sampah'.STPM tinggal sebulan lebih saja lagi.Ahh,exam sungguh menakutkan dan mengingatkan saya pada kisah lama.Trauma sungguh dibuatnya.Kepada yang masih sudi membaca tulisan saya,doakan saya.Doakan kejayaan saya.Biarpun segala-galanya nampak sedikit terlambat bagi saya,tapi saya tahu,kita tidak pernah tua untuk belajar dan menuntut ilmu.



Pesanan di atas turut dikenakan ke atas diri saya sendiri supaya jangan mengganggu orang lain :) Perlukan masa untuk diri sendiri.Saya berharap Tuhan boleh bantu saya untuk lesap dari dunia buat sementara waktu.Haih,begitulah kehidupan.Sekejap di atas,sekejap di bawah.Sekejap gembira dengan dunia,sekejap terasa mahu merajuk dengan dunia.Dunia;penjara yang memenatkan.

Hari ini mood saya sungguh tunggang-langgang.Merindui untuk menulis yang pernah suatu masa dulu saya anggap sebagai terapi.Huhu.InsyaAllah,perkongsian kisah-kisah perjalanan hidup akan bermula semula selepas peperiksaan.

p/s:Membaca tulisan sendiri dan cukup terserlah 'kekakuan' di dalamnya #_#

2 Kata-kata hikmah:

Anonymous said...

Memang kaku. Makan sumi, baru lembik sikit.

Fatimah Pataepannang said...

Haha.Trm ksh anon.Terasa mcm kenal pulak :)