Tuesday, 19 March 2013

Berjaya Vs Kurang Bernasib Naik

Assalamualaikum~!
Setelah berkurun lama tak update blog,akhirnya!Yeah,im back!Agak-agak ada tak yang teringat pada gadisberbajubiru? :D

Semalam,keputusan STPM dah diumumkan dan alhamdulillah,saya sudah mendapat yang terbaik daripada Allah.Biar sedikit ataupun banyak,saya percaya setiap yang Allah hadirkan,itulah yang terbaik.Keputusan yang cemerlang masih belum menjanjikan pengakhiran yang baik dan ini sebenarnya ini baru di permulaan jalan.Doakan yang terbaik untuk saya ya kawan-kawan!Selama ini pun saya tahu saya mampu bertahan kerana adanya Dia,keluarga dan sahabat-sahabat yang tak jemu memberi sokongan :)

Sebagai seorang yang pernah mengalami banyak kegagalan,saya cukup trauma untuk melihat keputusan peperiksaan.Uhh,mahu tercabut jantung dibuatnya.Namun sepanjang tempoh menunggu keputusan,saya sentiasa ingatkan diri bahawa saya sudah berusaha dan setiap keputusan yang bakal diperoleh,itulah yang selayaknya selain selalu mengingatkan diri agar bersangka baik dengan Allah.InsyaAllah,Allah akan jadikan kita sentiasa berfikiran positif.Saya sebenarnya agak sensitif dengan perkataan GAGAL,kerana bagi saya sesuatu yang tidak menjadi itu hanyalah kerana masanya belum tiba dan kurang bernasib baik.Sampai masanya nanti,kejayaan pasti akan datang.

Melihat beberapa rakan yang kurang bernasib baik membuatkan hati saya bersedih kerana saya pernah beberapa kali berada dalam situasi yang sama.Kalau ikutkan diri saya,selepas menerima berita yang kurang baik berkenaan result,saya perlukan masa bersendirian sekurang-kurangnya sehari untuk reflek kembali hidup saya.Dalam tempoh ini,hati sangat sensitif dan ada masanya kata-kata nasihat atau dorongan pun kedengaran seperti sebuah sindiran.Jadi hati-hati dalam memberi semangat kepada mereka,takut2 ada yang macam saya hehe.

Mendapat kejayaan yang sedikit ini membuatkan saya berfikir bahawa kegagalan yang dulu sangat bermakna.Ada hikmahnya.Semoga kejayaan akan sentiasa mengingatkan saya padaNYA dan tidak melalaikan saya.Rezeki Allah itu luas,semoga kita takkan berputus asa.

Wednesday, 23 January 2013

Duniaku sendiri.

Aku,
mudah memaafkan.
Dan aku,
mudah melupakan.

Terlalu baikkah sedemikian?

Sampaikan ada yang berpesan,
'jangan terlalu baik,nanti ada yang ambil kesempatan'.

Entah,

aku penat menjadi aku.

Kenapa?
Sepertinya aku tidak menghargai diri sendiri.

Mungkin kerana aku yang 'slow learner'

membuatkan aku cuba untuk membentuk kelebihan diri dari sudut yang lain.

Aku sudah penat belajar untuk menghargai diri.

Dan mungkin kerana itulah
aku merasakan orang tidak pernah menghargai aku.

Lebihku,kurangku,
semuanya bagaikan tidak berguna.

Ahhh,pergi mati rasa ini!